- Lain-lain
Peranginan Ski Yabuli di Heilongjiang Kini Kembali, Dibuka Untuk Musim Sejuk

Satu acara diadakan untuk menandakan pembukaan Peranginan Ski Yabuli untuk musim sejuk di Harbin, Provinsi Heilongjiang, timur laut China, pada 7 November 2025. (People’s Daily Online/Su Jinggang)
Terletak pada ketinggian 996.8 meter di Harbin, Provinsi Heilongjiang di timur laut China, Peranginan Ski Yabuli secara rasminya dibuka untuk musim sejuk mulai 7 November lalu.
Difahamkan, kedatangan para pengunjung dialu-alukan oleh pihak tuan rumah dengan perkhidmatan yang ditambah baik dan cerun-cerun yang dinaik taraf.
Pada musim sejuk kali ini, Harbin merancang untuk memperkenal 10 laluan pelancongan ais dan salji yang baharu, menganjurkan lebih daripada 100 aktiviti bertema, dan membangunkan ruang dan bentuk perniagaan yang berkaitan ais dan salji, suasana serta projek baharu.
Di sepanjang musim tersebut, Yabuli akan menawarkan 56 cerun yang mempunyai pelbagai tahap kesukaran. Stesen Barat Yabuli, yang berfungsi sebagai tempat pelancong tiba dan berlepas dari peranginan itu akan mengoperasikan kereta api laju tambahan dalam usaha menyediakan keselesaan yang lebih baik buat pelawat.

Peminat ski sedang asyik bermain di Peranginan Ski Yabuli, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 7 November 2025. (People’s Daily Online/Su jinggang)

Peminat ski menikmati sukan itu di Peranginan Ski Yabuli, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 7 November 2025. (People’s Daily Online/Su jinggang)

Seorang pemain ski sedang menghayati cabaran cerun di Peranginan Ski Yabuli, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 7 November 2025. (People’s Daily Online/Su jinggang)

Peminat ski sedang seronok bermain di Peranginan Ski Yabuli, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 7 November 2025. (People’s Daily Online/Su jinggang)
- Populariti Sukan Ski Dorong Penjualan Sut Ski
- Lebih 2,000 Individu Sertai Festival Ski Tarik di Changchun
- Obor, Pingat, Lagu Sukan Musim Sejuk Asia Diumumkan
- Dari Puncak Gunung ke Puncak Podium
- Pelan Pelancongan Cuti Tahun Baharu Hangat di China
- Altay Jadi Destinasi Ski Popular di Xinjiang
- Kejohanan Luncur Layang-layang Kebangsaan 2023 Buka Tirai di Hainan
- Kempen Sukan Ais & Salji OKU China ke-7 Dirasmikan
- Pusat Ski Olimpik Dibuka kepada Umum Sempena Musim Sejuk




