- Lain-lain
China Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Filipina

China telah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Filipina susulan beberapa taufan yang melanda negara itu, sehingga mengakibatkan kematian, kecederaan serta kerugian harta benda yang besar.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Selasa.
"Kerajaan China menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban dan menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta penduduk yang terjejas," ujarnya.
Lin berkata sebagai tanda keprihatinan kemanusiaan dan persahabatan terhadap rakyat Filipina, China telah menyalurkan bantuan kewangan dan bekalan kecemasan kepada negara itu.
Dalam pada itu, beberapa wilayah di China juga sedang menyediakan bantuan untuk disalurkan kepada kawasan yang terjejas bencana.
Katanya lagi, China berharap agar penduduk terjejas dapat pulih dengan segera dan proses pembangunan semula di kawasan terbabit dapat berjalan lancar.
- China, Filipina Teruskan Rundingan mengenai Isu LCS
- China, Filipina Setuju Teruskan Dialog mengenai LCS
- China, Filipina Sepakat Bersinergi Perangi Jenayah Rentas Sempadan
- Xi Jinping Terima Kunjungan Duterte, Hargai Sumbangan Mantan Presiden Filipina
- Menteri Luar China Adakan Lawatan ke Filipina
- Kumpulan Pertama Durian Diangkut Filipina ke China
- China, Filipina Adakan Mesyuarat Ke-7 BCM
- Modenisasi, Matlamat Bersama Filipina-China
- China Bakal Bina Zon Demonstrasi Inovasi Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina
- ADB Luluskan Pinjaman USD500 Juta kepada Filipina




