China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Pemimpin Kedua-dua Negara dengan Baik

(CRI)Khamis 13 November 2025

China dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai ruang kerjasama yang luas dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Kedua-dua negara perlu sehaluan, memelihara dan melaksanakan konsensus dan hasil yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua pihak dalam rundingan di Busan, selain meningkatkan kerjasama dan mengawal perbezaan pendapat bagi mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS berkembang secara mantap.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Naib Perdana Menteri China He Lifeng berkata demikian ketika menerima kunjungan Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan AS-China (NCUSCR) Evan Greenberg dan Presiden NCUSCR Stephen Orlins di Beijing pada Rabu.

He berharap jawatankuasa tersebut dapat memainkan peranan positif dalam mempererat hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sementara itu pihak AS menekankan bahawa hubungan yang mantap antara AS dengan China adalah amat penting dan mereka bersedia memainkan peranan sebagai jambatan bagi memperkasakan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan