Bunga Parasit Sapria Himalayana Ditemui Semula di Gunung Jingmai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 November 2025
Bunga Parasit Sapria Himalayana Ditemui Semula di Gunung Jingmai
Foto memperlihatkan bunga parasit Sapria himalayana yang ditemui di Gunung Jingmai, kaunti Lancang, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto oleh Luo Zongqiang)

Sapria himalayana, sejenis bunga holoparasit yang jarang didapati dan dianggap pupus di China selama hampir tiga dekad, pada baru-baru ini ditemui semula oleh peminat fotografi di Gunung Jingmai, kaunti Lancang, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, barat daya China.

Tidak lama kemudian, pegawai dari biro padang rumput dan perhutanan kaunti itu mengesahkan bahawa spesies tersebut adalah Sapria himalayana.

Sebagai salah satu daripada tumbuhan tipikal di kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara, spesies tersebut telah didapati di sekitar hutan hujan Xishuangbanna pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Tumbuhan tersebut menghabiskan kebanyakan masanya di bawah tanah, sekali gus menjadikan ia sukar untuk didapati. Apabila ia mendapati nutrien yang mencukupi untuk memenuhi keadaan pembiakan dari tanah, ia akan berkembang menjadi bunga yang besar dan menakjubkan.

Kebiasaannya, ia akan mula berbunga mulai Oktober hingga Disember pada setiap tahun.

Senarai Merah Spesies China dan Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Senarai Merah Alam Sekitar bagi Spesies Terancam telah mengklasifikasikan bunga parasit itu sebagai mudah terancam, selain turut dikategorikan sebagai tumbuhan dilindungi kelas kedua di China.

Foto memaparkan bunga parasit Sapria himalayana yang bermekaran di Gunung Jingmai, kaunti Lancang, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto oleh Luo Zongqiang)
Sekuntum bunga Sapria himalayana kelihatan muncul dari bawah tanah, dan menunggu masa untuk bermekaran di Gunung Jingmai, kaunti Lancang, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto oleh Luo Zongqiang)
Beberapa bunga Sapria himalayana yang didapati di Gunung Jingmai, kaunti Lancang, bandar Pu’er, Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto oleh Luo Zongqiang)

Video

Berita Berkaitan