- Lain-lain
China Sedia Teroka Potensi Kerjasama dengan Zambia - PM Li

Perdana Menteri China Li Qiang bertemu Presiden Zambia Hakainde Hichilema di Lusaka pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Li menyatakan kesediaan China memanfaatkan peluang daripada pelaksanaan tarif sifar di Zambia untuk memperluas perdagangan bilateral serta meneroka potensi kerjasama dalam sektor seperti perlombongan, kenderaan tenaga baharu (NEV) dan kecerdasan buatan (AI).
China juga bersedia memperkukuh kerjasama dengan Zambia dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kehidupan rakyat termasuk perubatan, pertanian dan pembangunan sumber manusia, katanya.
Beliau turut menekankan keperluan supaya kedua-dua pihak merapatkan hubungan di semua peringkat sambil memperkasa kerjasama dalam bidang budaya, pendidikan, pelancongan dan lain-lain.
Sementara itu, Hichilema berkata pihaknya berpegang teguh kepada prinsip satu China, bersedia memperluas kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian dan sosiobudaya, serta menghidupkan semula operasi Rel Tanzania-Zambia.
- PM Li Tiba di Zambia untuk Lawatan Rasmi
- China Serah Bantuan Makanan Bernilai USD3.5 Juta Kepada Zambia
- Presiden China, Zambia Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
- Persembahan China Jadi Tumpuan dalam Pesta Kesenian dan Kebudayaan di Zambia
- BRI Inisiatif yang Signifikan, Kata Presiden Zambia




