China Sedia Perkukuh Kepercayaan Politik dengan Afrika Selatan - PM Li

(CRI)Sabtu 22 November 2025

China bersedia bersinergi dengan Afrika Selatan untuk mengukuhkan rasa saling percaya dalam bidang politik, memperluas kerjasama membabitkan ekonomi, perdagangan, kebajikan rakyat dan sosiobudaya, sekali gus memacu pembangunan bersama dua negara serta solidariti dan kolaborasi China-Afrika.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang semasa bertemu Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa di Johannesburg pada Jumaat.

Beliau turut menekankan keperluan supaya kedua-dua negara memperkukuh koordinasi multilateral dan menjaga kepentingan bersama negara-negara membangun.

Sementara itu, Ramaphosa berkata Afrika Selatan sudi memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, teknologi, kesihatan awam dan sebagainya, sambil bersinergi dengan negara Afrika yang lain bagi memantapkan kerjasama Afrika-China.

Video

Berita Berkaitan