Pasaran, Teknologi China Tawar Peluang kepada Perintis Keusahawanan

(CRI)Khamis 14 Mac 2024

Pasaran raksasa serta teknologi tenaga hijau China mencuri perhatian ramai dalam Kongres Keusahawanan Global (GEC) yang berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan pada Rabu.

Rata-rata peserta sependapat bahawa komitmen China untuk memperluas keterbukaan bakal menyuntik peluang pembangunan serta motivasi kepada perintis keusahawanan sejagat.

Menteri Elektrik Afrika Selatan, Kgosientsho Ramokgopa berkata China merupakan rakan dagang penting bagi Afrika dan jumlah dagangan kedua-dua pihak menyaksikan pertumbuhan eksponen ketika ini.

"Tahun lalu, kami menandatangani beberapa perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat China untuk membantu meneroka tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin."

"Kami berharap dapat menjalin hubungan kukuh dengan China. Hal ini amat besar maknanya bagi pembangunan ekonomi Afrika Selatan."

"China membantu kami memajukan ekonomi, menarik pelaburan dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Masa Depan Afrika, Lyinoluwa E Aboyeji berkata Afrika memerlukan teknologi hijau yang mampan untuk memastikan kesan negatif daripada perubahan iklim tidak berlarutan.

“Kami menemui peluang ekonomi yang dicetuskan teknologi hijau, dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan China dalam bidang ini,” kata Aboyeji.

Kongres itu dihadiri wakil-wakil dari 1,000 syarikat pemula, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan 150 syarikat pelaburan serta pembuat dasar dari 43 buah negara.

Video

Berita Berkaitan