- Lain-lain
PM Li Hadir Sesi Pertama Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg

China menyeru supaya semua anggota Kumpulan 20 (G20) teguh memelihara perdagangan bebas dan membina ekonomi dunia yang terbuka dalam senario pemulihan global masih lembap.
Perdana Menteri China Li Qiang membuat kenyataan itu pada Sabtu ketika menghadiri sesi pertama Sidang Kemuncak G20 ke-20 di Johannesburg yang memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Li menekankan kepentingan untuk mencari titik persamaan sambil menerima perbezaan, dan mengurus perselisihan menerusi rundingan secara sama rata.
Beliau menggesa semua pihak menjunjung multilateralisme dan mempercepat reformasi institusi termasuk Bank Dunia (WB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Adalah perlu untuk meningkatkan hak bersuara negara membangun serta membina orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang lebih adil dan terbuka, katanya.
Menurut Li, China telah mengeluarkan pelan tindakan mengenai pelaksanaan inisiatif G20 bagi menyokong pengindustrian di Afrika dan negara paling kurang maju.
China juga bersama Afrika Selatan mengetengahkan inisiatif kerjasama untuk menyokong pemodenan Afrika, kata beliau sambil menambah bahawa China akan menubuhkan Institut Pembangunan Global demi memacu pembangunan bersama.
- PM Li Tiba di Johannesburg, Hadiri Sidang Kemuncak G20
- PM Li Qiang akan Hadir Mesyuarat SCO, G20, Lawat Zambia
- Laporan G20 Seru Masyarakat Antarabangsa Atasi Ketidaksaksamaan Global
- Perjalanan Xi di Amerika Latin Galakkan Persahabatan, Perpaduan, Kerjasama dan Pembangunan
- Xi Balik di Beijing
- Xi Berangkat Pulang ke Tanah Air dari Brasilia
- Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
- Presiden Xi Bertemu Presiden Bolivia Arce
- Presiden Xi Bertemu Presiden Argentina Milei
- Xi Bertemu Presiden Perancis




