Kualiti Logistik Dipertingkat, Salmon Qinghai Kini Tembusi Pasaran Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 November 2025
Kualiti Logistik Dipertingkat, Salmon Qinghai Kini Tembusi Pasaran Global
Seorang petugas sedang mengendalikan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Caojiapu di Xining, Provinsi Qinghai, barat laut China. (Qinghai Daily/Zhang Peng)

Pada 5 November, di bawah sinaran mentari nan cerah, salmon meloncat memasuki pukat di kawasan Gaung Longyang di Kawasan Autonomi Tibet Hainan di Provinsi Qinghai di barat laut China.

“Bagi mengekalkan kesegaran ikan tersebut, setiap peringkat proses akan sentiasa sibuk,” ujar Li Mingrui, ketua operasi teknikal di Syarikat Longyang Fresh (Qinghai).

“Lihat betapa padatnya ikan ini,” tambah beliau yang sedang menunjukkan ikan itu, sambil berkongsi bahawa syarikatnya akan memastikan setiap salmon akan melalui semua proses iaitu pengisihan, pendarahan, peringkat rehat dan pendinginan – dalam tempoh satu jam sahaja.

Namun, meskipun dengan aliran kerja yang diperkemas, satu cabaran berterusan iaitu apabila ikan keluar dari pangkalan tersebut, pengangkutan mampu memberi ancaman buat risiko kesegaran.

Situasi itu berubah apabila pasukan kargo udara di Lapangan Terbang Caojiapu di Xining mula berhubung dengan syarikat tersebut.

“Mereka memberitahu bahawa mereka mahu membantu kami menghantar produk segar Qinghai,” imbas Du Lianzhong, timbalan pengarah perolehan di Syarikat Longyang Fresh (Qinghai).

Bagaimanapun, usaha untuk membuka laluan udara untuk salmon Qinghai bukanlah mudah. Zhang Lijun, pengurus operasi pasaran di terminal kargo lapangan terbang itu mengimbas kembali kesukaran ketika mahu memuktamadkan laluan Bangkok.

“Bahagian paling sukar adalah ketika untuk membuat penetapan fasiliti penyimpanan sejuk di lapangan terbang di Bangkok.

“Emel tidak berjawab, jadi menghubungi pemandu pelancong yang saya kenali di Thailand yang pernah membantu saya ke pejabat kargo lapangan terbang itu,” kata Zhang.

Walau bagaimanapun, halangan bahasa kekal menjadi cabaran. Dengan bantuan kamus dan perisian penterjemahan, Zhang mendapati bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok mempunyai fasiliti, dengan salah satunya mengekalkan suhu antara 2 hingga 8 darjah Celsius, yakni julat yang diperlukan untuk salmon.

Menerusi komunikasi, perubahan dan penyelarasan yang kerap, laluan udara akhirnya berjaya diwujudkan secara berfasa. Hari ini, sistem logistik udara boleh percaya Xining memberi jaminan terhadap pengangkutan salmon yang lancar, sambil membuka pasaran lebih luas untuk pertumbuhan produk istimewa tempatan termasuk daging yak, sayuran musim sejuk dan beri goji.

Penubuhan laluan udara itu secara tidak langsung mencerminkan penyepaduan Qinghai ke dalam pasaran kebangsaan bersatu China. Dengan memanfaatkan lokasinya yang strategik, provinsi itu membila jaringan pelbagai dimensi yang menyepadukan pengangkutan udara, rel dan jalan.

Semasa tempoh Pelan Lima Tahun ke-14 (2021-2025), Qinghai berjaya mengoperasikan 561 kereta api kargo antarabangsa, yang menghantar lebih daripada 130 jenis produk istimewa ke pasaran global.

Video

Berita Berkaitan