China Main Peranan Penting dalam Kerjasama Maritim Antarabangsa - Setiausaha Agung IMO

(CRI)Rabu 26 November 2025

China memainkan peranan penting dalam kerjasama maritim antarabangsa dan terlibat aktif dalam sektor perkapalan global.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Arsenio Dominguez pada majlis perasmian Pejabat Misi Tetap Republik Rakyat China ke IMO yang diadakan di Kedutaan China di United Kingdom pada Selasa.

Dalam wawancara bersama Agensi Berita Xinhua, Dominguez berkata China merupakan negara pembina kapal utama dunia, memiliki kelompok pelabuhan terbesar global dan mampu membekalkan ramai anak kepal bagi pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, penubuhan pejabat tersebut menggambarkan komitmen China terhadap pelbagai inisiatif IMO termasuk pendigitalan, pengurangan pelepasan karbon, peningkatan tahap keselamatan, pemerkasaan kepelbagaian dan inklusiviti serta latihan anak kapal.

“Langkah ini pasti akan mengukuhkan lagi penglibatan China dan memudahkannya untuk memainkan peranan lebih besar dalam transformasi industri serta perkongsian pengalaman," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan