China Sekali Lagi Hantar Surat kepada Ketua PBB, Bantah Kenyataan Jepun

(CRI)Selasa 02 Disember 2025

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong pada Isnin menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bagi membantah kenyataan "tidak munasabah dan mengelirukan" yang dibuat Wakil Tetap Jepun ke PBB, Yamazaki Kazuyuki dalam suratnya yang bertarikh 24 November.

China menyatakan bahawa Jepun cuba mengalihkan isu, membuat tuduhan tidak berasas terhadap China dan enggan memikul tanggungjawab sebenar berkaitan hubungan dua hala serta soal Taiwan.

Malah China berulang kali mempersoalkan mengenai apa yang dimaksudkan Jepun dengan "pendirian konsisten" berhubung Taiwan, namun Jepun sentiasa mengelak dan tidak pernah memberikan penjelasan kepada masyarakat antarabangsa.

Dalam surat Wakil Tetap Jepun tersebut menyatakan bahawa, usaha harus dilakukan untuk meningkatkan pemahaman dan kerjasama bersama.

Namun hakikatnya kenyataan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi sendiri telah menjejaskan kepercayaan dan hubungan politik China-Jepun.

Jika Jepun ingin melihat hubungan stabil dengan China, negara itu harus berpegang kepada prinsip satu China, mematuhi peruntukan di dalam empat dokumen politik China-Jepun, menarik balik kenyataan salah yang dibuat sebelum ini dan membuktikan komitmennya dengan tindakan yang konkrit.

Kalau Jepun menolak untuk berbuat demikian, negara itu akan memikul segala tanggungjawab berkaitan.

Video

Berita Berkaitan