Sarjana Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi, Jejaskan Pertukaran Rakyat Jepun-China

(CRI)Selasa 02 Disember 2025

Kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi berhubung perihal Taiwan terus mengundang kritikan dari dalam dan luar negara.

Penganalisis politik dan ekonomi Jepun, Shigeaki Koga menyatakan bahawa kenyataan Takaichiterlalu semberono dan menjejaskan situasi pertukaran di kalangan rakyat Jepun dan China.

Menurutnya, pengiktirafan prinsip satu China dan Taiwan sebagai sebahagian dari wilayah China sentiasa difahami dan dihormati oleh Jepun.

Namun, kenyataan Sanae Takaichiyang semberono telah mengundang kemarahan rakyat Jepun.

Shigeaki Koga menambah, kenyataan salah itu telah menjejaskan pertukaran lawatan rakyat kedua-dua negara.

Malah penurunan drastik jumlah pelancong China ke Jepun memberikan tempias teruk kepada ekonomi Jepun.

Video

Berita Berkaitan