- Lain-lain
150 Syarikat Unicorn China antara Terbaik di Dunia
150 syarikat China berjaya menempatkan diri dalam senarai 500 syarikat unicorn terbaik dunia 2025, sekali gus mendahului negara lain dari segi bilangan dan nilai perusahaan.
Statistik menunjukkan nilai keseluruhan 500 syarikat unicorn terbaik dunia mencecah 39.14 trilion yuan (RM22.79 trilion) pada 2025, meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, teknologi kewangan dan maklumat serta sektor pembuatan canggih antara yang menyaksikan kemunculan sejumlah besar syarikat unicorn unggul.
Presiden Cawangan Inovasi Unicorn Persatuan Penciptaan China (CAI), Xie Shujiang berkata kerajaan semakin memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat pemula berstatus unicorn sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut beliau, pembangunan syarikat unicorn domestik didukung oleh pelaksanaan undang-undang mengenai penggalakan ekonomi swasta serta dasar berkaitan teknologi, perindustrian dan kewangan, yang turut membantu syarikat berkenaan menguasai teknologi canggih dan mengembangkan sayap di peringkat global.
Syarikat unicorn China dari lima sektor iaitu pembuatan canggih, teknologi automobil, pengangkutan dan logistik, perkhidmatan kehidupan serta pelancongan budaya dan media mencatat jumlah yang paling banyak di dunia.
- China Tegas Bela Hak dan Kepentingan Syarikatnya
- Pendapatan Syarikat Berkaitan Kerajaan Meningkat 3.2 Peratus
- China Berjaya Lahirkan 340 ‘Unicorn’, Kedua Terbanyak di Dunia
- Peraduan Kemahiran Buruh Anjuran Syarikat China di Botswana
- Siswazah Fasih Bahasa Cina Rebutan Syarikat China di Indonesia
- Syarikat China Jadi Tumpuan MWC
- China Teguh Bela Nasib Syarikat Domestik
- 10 Pembekal Permainan Mudah Alih Terunggul China
- Senarai Bandar Paling Bahagia di China 2022
- 10 Syarikat Inovasi Teknologi Terunggul China




