Karya Agung Dari Kota Larangan China Dipamer di Vienna

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 04 Disember 2025
Karya Agung Dari Kota Larangan China Dipamer di Vienna

Satu pameran yang menampilkan seni dari Kota Larangan China dibuka pada Selasa di Muzium Kunsthistorisches Vienna, menerokai persamaan dan perbezaan antara Timur dan Barat dalam penzahiran artistik masing-masing terhadap kuasa, budaya dan cita-cita kehidupan.

Pameran istimewa bertajuk ‘Seni dan Estetika dari Kota Larangan China’, ia mempamerkan 76 karya agung dari Muzium Istana di Beijing, yang kebanyakan daripadanya dipamerkan di Eropah buat julung-julung kali.

Jonathan Fine, pengarah Kunsthistorisches berkata bahawa, Muzium Istana adalah muzium terkemuka dengan koleksi yang sangat menakjubkan, yang sebahagiannya boleh didapati pada pameran tersebut.

Hasil-hasil yang dipamerkan seperti jed, porselin, perkakasan lakuer, objek enamel dan jam, sekali gus mencerminkan pencapaian teknikal dan artistik ketukangan dan seni China pada abad ke-18.

“Acara ini berfungsi sebagai aktiviti kebudayaan utama yang meraikan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik China-Austria pada tahun 2026,” kata Duta Besar China ke Austria Qi Mei.

Katanya, pameran tersebut mencerminkan persahabatan yang berkekalan antara kedua-dua negara, satu ikatan yang bermula sejak Laluan Sutera purba.

Liu Zhenghong, timbalan pengarah di sebuah jabatan di bawah Muzium Istana, berkata bahawa Vienna kekal sebagai salah satu ibu kota budaya Eropah, dan pameran tersebut membina jambatan budaya antara bandar dan Kota Larangan.

Beliau melahirkan harapan agar lebih banyak pertukaran dan kerjasama antara Muzium Istana dan institusi antarabangsa.

Dikurasi bersama oleh Muzium Istana dan Muzium Kunsthistorisches, pameran tersebut dijadualkan untuk berlangsung sehingga 6 April 2026.

Video

Berita Berkaitan