- Lain-lain
Peng Liyuan, Brigitte Macron Kunjungi Teater Seni Rakyat Beijing

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan dan isteri Presiden Perancis Emmanuel Macron, Brigitte Macron bersama-sama mengunjungi Teater Seni Rakyat Beijing (BPAT) pada Khamis.
Brigitte menemani Presiden Macron dalam lawatan rasmi ke China bermula 3 hingga 5 Disember.
Ketika berada di Muzium Teater BPAT, Peng dan Brigitte diberi taklimat mengenai sejarah perkembangan BPAT serta program pertukaran dan interaksi antara teater itu dengan komuniti teater Perancis.

Di pusat teater, Peng menjemput Brigitte untuk bersama-sama menikmati pertunjukan drama dan beramah mesra dengan para pelakon.
Peng berkata dramatis China dari generasi ke generasi sentiasa menyemarakkan budaya tradisional dalam karya ciptaan mereka, di samping belajar daripada seni teater asing dan bergiat aktif memajukan pembangunan inovatif seni berkenaan.

Beliau turut menzahirkan harapan supaya artis kedua-dua negara dapat mengukuhkan pertukaran dan pembelajaran bersama serta menghasilkan lebih banyak karya seni yang cemerlang.
Sementara itu, Brigitte menyanjung tinggi seni drama China sambil menyuarakan kesediaan untuk menggalakkan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara serta meningkatkan persefahaman dan persahabatan sesama rakyat.
- Peng Liyuan Hadir Sesi Interaktif Belia China-AS "Bond with Kuliang"
- Peng Liyuan dan Wanita Pertama Brazil Lawat NCPA
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kenya
- Peng Liyuan Kunjungi Muzium Macau
- Peng Liyuan Ucap Tahniah kepada Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- Peng Liyuan Hadiri Kem Musim Panas Kanak-kanak China, Afrika di Beijing
- Peng Liyuan Ditemui Pegawai UNAIDS dan WHO
- Peng Liyuan Lawat Istana Buda
- Peng Liyuan Melawat Muzium Kebangsaan Serbia




