China, IMF Ikrar Perkukuh Kerjasama

(CRI)Khamis 11 Disember 2025

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) diharap terus memainkan peranan positif dan menyokong sistem perdagangan multilateral.

Harapan itu disuarakan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva di Beijing pada Rabu.

Beliau juga berharap supaya IMF terus memperkasa kerjasama dengan China serta menyuntik kedinamikan baharu kepada perkembangan ekonomi China dan dunia.

China berkeyakinan mampu mengekalkan perkembangan ekonomi yang mampan dan sihat, katanya.

Sementara itu, Georgieva berkata IMF menghargai sumbangan China kepada ekonomi dunia dan bersedia terus memperkukuh kerjasama dengan negara Tembok Besar.

Video

Berita Berkaitan