Legasi Olimpik Pacu Ekonomi Ais Salji Utara China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 Disember 2025

Eleven-month-old girl Wang Yuji enjoys snowboarding at Thaiwoo Ski Resort in Chongli District of Zhangjiakou City, north China's Hebei Province on Nov. 18, 2021. (Xinhua/Zhang Fan)

Eleven-month-old girl Wang Yuji enjoys snowboarding at Thaiwoo Ski Resort in Chongli District of Zhangjiakou City, north China's Hebei Province on Nov. 18, 2021. (Xinhua/Zhang Fan)

Provinsi Hebei di utara China bijak memanfaatkan kedinginan musim sejuk untuk merangsang ekonomi dengan ketara, mengubah momentum yang beku menjadi enjin pertumbuhan yang mampan dan berkepelbagaian.

Seiring kembalinya temasya antarabangsa berprofil tinggi ke arena yang dahulunya tapak Olimpik Musim Sejuk, penawaran produk “ais dan salji+” yang serba kreatif mengembangkan ekonomi pengalaman, manakala sektor pengeluaran tempatan bangkit maju memenuhi permintaan.

Penganjuran Piala Dunia Snowboard & Freeski Big Air FIS 2025-2026 di daerah Chongli, Zhangjiakou baru-baru ini menandakan satu permulaan yang mantap kepada musim sejuk. Pertandingan peringkat tinggi seperti itu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi ais dan salji Chongli. Sejak bermulanya musim sejuk kali ini, daerah tersebut telah menerima kedatangan lebih 500,000 pelancong.

Mengambil pendekatan seimbang dalam penggunaan tapak penganjuran acara, Hebei mengintegrasikan pengawasan pihak berkuasa dengan operasi berpandukan pasaran, pertandingan peringkat tinggi dengan penglibatan orang awam, malah sukan musim sejuk dengan aktiviti sepanjang tahun.

INTEGRASI RENTAS INDUSTRI

Di Resort Ski Wanlong, minuman kopi kreatif yang disajikan dalam lada benggala keluaran tempatan menjadi hidangan wajib dicuba oleh pelawat. Sama seperti minuman inovatif ini, Chongli sedang memadukan sukan salji dengan budaya dan hiburan.

Integrasi sedemikian bukan sekadar di Chongli. Di Zhengding, resort ski dalam bangunan BONSKI yang baru dibuka menggabungkan aktiviti ski dengan kemudahan komersial, hospitaliti dan logistik, suatu integrasi yang melahirkan gelung penggunaan bercirikan “ais dan salji campur pekan purba campur pasar malam”.

Di belakang tabir sektor ais dan salji Hebei yang begitu rancak, adanya sebuah ekosistem pengeluaran tempatan yang mantap. Di daerah Xuanhua, Zhangjiakou, satu rantaian perindustrian yang lengkap telah terbentuk, yang menghasilkan segalanya daripada jentera berat kepada peralatan yang diperibadikan.

Sementara itu, di Dingzhou pula, Hebei Welt Sports Goods Co., Ltd. menghasilkan simulator ski pintar yang membolehkan orang yang baru mula belajar berlatih dengan selamat tanpa ke cerun.

Dengan sokongan setempat seumpama, Hebei telah memupuk pembentukan empat kelompok utama industri ais dan salji, yang bersama-sama menjana output melebihi 15 bilion yuan.

Video

Berita Berkaitan