Upacara Peringati Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Dianjurkan

(CRI)Sabtu 13 Disember 2025

Upacara memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai Nanjing oleh tentera penceroboh Jepun berlangsung di bandar Nanjing dengan penuh takzim pagi tadi.

Upacara itu dihadiri kira-kira 8,000 wakil dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Biro Politik dan Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Shi Taifeng dalam ucapannya berkata, penganjuran acara itu adalah untuk memperingati mangsa yang dibunuh tentera penceroboh Jepun serta pahlawan negara yang menggadai nyawa demi kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun.

Kata beliau, acara itu juga bertujuan memperingati tokoh-tokoh asing yang terkorban dalam perjuangan bersama rakyat China menentang pencerobohan Jepun, sekali gus menzahirkan komitmen China untuk mengekalkan jalan pembangunan secara damai.

Tarikh 13 Disember diwartakan sebagai Hari Peringatan Negara untuk Mangsa Pembunuhan Nanjing sejak 2014.

Video

Berita Berkaitan