Hainan 101: Bagaimana FTP, Kastam Khas Baiki Hidup

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 17 Disember 2025

Selepas sudah mengenali Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan di provinsi kepulauan selatan China itu, operasi kastam khasnya, serta bagaimana dasar kastam utamanya dilaksanakan, tibalah masanya untuk episod yang ketiga dan terakhir. Kali ini, kita akan melihat bagaimana perubahan-perubahan ini menjadikan hidup rakyat lebih baik.

Tiada tempat yang lebih baik untuk bermula­– Komplex Beli-belah Bebas Cukai Antarabangsa Sanya merupakan pusat beli-belah bebas cukai terbesar di dunia. Ia bukan sahaja tempat terbaik di Hainan untuk menikmati tawaran harga hebat buat barangan antarabangsa yang masuk ke pulau, tetapi juga tampil sebagai contoh cemerlang yang menunjukkan bagaimana dasar-dasar baharu sedang membuka pintu, meningkatkan pendapatan, dan menjadikan kehidupan harian lebih berwarna-warni.

Bukan sekadar aliran bebas barangan, FTP ini dan operasi kastam khasnya bersama-sama membantu Hainan bangkit sebagai hab pendidikan antarabangsa serba baharu. Di Zon Rintis Pendidikan Antarabangsa Lingshui Li'an, sebanyak 26 universiti dari seluruh dunia bergabung tenaga ke arah mewujudkan “pendidikan antarabangsa di negeri sendiri”. Dengan akses terhadap sumber akademik global dan suasana pembelajaran inovatif, pelajar antarabangsa dan tempatan dapat sama mengikuti pendidikan bertaraf dunia sambil menikmati keindahan syurga dunia yang dipanggil Hainan.

Sama ada kegiatan niaga, beli-belah, ataupun pendidikan, FTP Hainan dan operasi kastam khasnya sedang menyingkap satu lembaran baharu yang cukup menguja dan luar biasa. Ia sudah pun menambah baik kehidupan penduduk tempatan, dan peluang yang sama menanti sesiapa sahaja dari mana-mana pelosok dunia.

Selepas mengikuti siri tiga episod ini, pastikan tidak terlupa langkah seterusnya yang paling penting: Lawatlah Hainan!

Video

Berita Berkaitan