Hainan 101: Kenali FTP, Kastam Khas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 Disember 2025

Mulai 18 Disember 2025, Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan secara rasminya melancarkan operasi kastam khas seluruh pulau, menjadikan provinsi Hainan di selatan China sebuah zon kastam khas terbuka.

Namun begitu, apakah operasi kastam khas yang dimaksudkan, dan bagaimanakah pelaksanaannya akan mengubah kehidupan harian dan kegiatan niaga di Hainan? Untuk mendapatkan jawapan yang jelas, Michael Kurtagh dari People’s Daily Online mengembara ke Hainan untuk meninjau sendiri keadaan setempat.

Di Pelabuhan Kontena Antarabangsa Yangpu, Kurtagh melihat kargo bergerak pada kelajuan baru, sementara di Kompleks Beli-belah Bebas Cukai Antarabangsa Sanya, dia memaklumi faedah-faedah istimewa yang kini ditawarkan kepada pengguna. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan pula, dia menyaksikan bagaimana arus pergerakan penumpang semakin kemas, manakala di Komuniti Bakat Antarabangsa Haikou, dia mendapat tahu bagaimana Hainan menarik kepakaran dari seluruh dunia.

Selepas berhari-hari membuat wawancara di lokasi, meninjau keadaan dunia sebenar dan mendengar penjelasan dasar, inti pati operasi kastam khas tersebut menjadi jelas. Ia boleh digambarkan dengan tiga tema yang dapat difahami semua, iaitu aliran yang lebih bebas, penjimatan yang lebih besar, dan peluang-peluang baharu.

Bersediakah untuk menyelami era baharu Hainan yang menjanjikan kebebasan dan segala kemungkinan? Ikuti episod pertama daripada perjalanan kembara tiga episod ini!

Video

Berita Berkaitan