Final Liga Super Pickleball Guangxi 2025

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 Disember 2025
Final Liga Super Pickleball Guangxi 2025
Majlis perasmian. (People's Daily Online/Fu Huazhou)

Ratusan peserta dari seluruh Guangxi beradu ketangkasan pada pusingan akhir Liga Super Pickleball Guangxi Piala China Sports Lottery 2025 di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Guilin, Sabtu.

Merebut prestij tertinggi arena pickleball Guangxi tahun ini, seramai 483 peserta dari 14 bandar seluruh wilayah telah tampil beraksi dalam pusingan awal selama dua hari.

Pusingan akhir ini berkonsepkan “kesihatan untuk semua, seluruh bandar prihatin”. Para peserta mewakili segenap lapisan masyarakat dan umur, daripada pemain amatur mahir yang sudah lama aktif di gelanggang pickeball hinggalah bintang muda yang pantas mencatat nama pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Para peserta beradu ketangkasan. (People's Daily Online/Fu Huazhou)
Para peserta beradu ketangkasan. (People's Daily Online/Fu Huazhou)
Para peserta beradu ketangkasan. (People's Daily Online/Fu Huazhou)

Video

Berita Berkaitan