- Lain-lain
Sukan Nic Curi Perhatian
Atlet dari China dan Portugal bersaing dalam satu acara perlawanan bola korf Kumpulan A peringkat awal campuran pada 9 Ogos 2025. (People’s Daily Online/Jiang Yushi)
Pada 14 Ogos lalu, pertandingan Perlumbaan Dron membuka tirainya di Taman Sukan Tasik Dong’an di Chengdu, Provinsi Sichuan di barat daya China semasa berlangsungnya Sukan Dunia (TWG) 2025. Dikenali sebagai ‘F1 di udara’, sukan futuristik tersebut semakin pantas mendapat populariti khususnya dalam kalangan atlet muda.
China diwakili oleh tiga pelajar dari Sekolah Menengah No. 2 Guangzhou di Provinsi Guangdong iaitu Li Tianxing, He Yutong dan Huang Yueqi. Pada umur 13 tahun, Li Tianxing merupakan peserta termuda dalam pasukan itu.
Untuk rekod, China merupakan antara yang pertama untuk mewujudkan program latihan perlumbaan dron dan kini disenaraikan sebagai antara pendahulu negara, dengan kampus-kampus di universiti berfungsi sebagai tempat melahirkan bakat.
“Banyak sekolah rendah dan menengah di Guangzhou kini mempunyai pasukan perlumbaan dron,” ujar Li Xidong, ketua jurulatih skuad kebangsaan China.
Tambah ketua jurulatih itu lagi, ketiga-tiga atlet China tersebut telah bersaing dalam acara-acara antarabangsa utama termasuk Piala Dunia Lumba Dron dan Kejuaraan Lumba Dron Dunia, selain turut menyifatkan mereka sebagai mewakili masa depan sukan dron di China.
Upacara pembukaan TWG 2025 diadakan di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 7 Ogos 2025. (People’s Daily Online/Jiang Yushi)
Atlet yang terdiri daripada pelajar adalah ciri utama bagi delegasi China ke TWG. Bagi sukan seperti lempar cakera, bola korf dan bola sauk, ia disertai oleh sebahagian besar daripada kalangan pelajar universiti berikutan banyak sukan bukan Olimpik berakar umbi di kampus kolej.
Pada 12 Ogos, pertandingan bola korf melabuhkan tirainya dengan pasukan China menduduki tangga kelapan. Pasukan yang dibentuk di Universiti Zhengzhou, provinsi Henan itu merupakan salah satu institusi China yang pertama untuk mewujudkan skuad bola korf universiti. Jurulatih kebangsaan, Ma Xiangcheng memperkenalkan sukan itu ke kampus, yang seterusnya perlahan-lahan menjadi tulang belakang untuk pasukan kebangsaan.
“Bola korf mudah dipelajari. Ia mempunyai persamaan dengan bola keranjang, sambil mengekalkan ciri-ciri uniknya. Kami berharap agar TWG akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mencubanya,” ujar Ma.
Produk rasmi berlesen TWG 2025 dijual di sebuah kedai francais di daerah Jinjiang, Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 25 Julai 2025. (People’s Daily Online/Wen Rui)
Pada tahun ini, China buat julung-julung kalinya menyertai 12 sukan pada TWG, termasuk polo kanu yang turut digelar sebagai ‘bola keranjang dalam kayak’. Pasukan wanita yang dilatih oleh Xu Haiwei membariskan tujuh atlet dari kelab Shanghai yang sama, dengan atlet termuda berumur 17 tahun.
“Ini memberi satu penanda aras buat pembangunan polo kanu di China,” kata Xu, sambil menambah bahawa TWG telah menanam benih untuk sukan nic tersebut.
Menerusi penganjuran TWG di Chengdu, banyak sukan baharu muncul dan bukan Olimpik telah mempamerkan tarikan masing-masing, menyatukan atlet yang berlatih di sekolah dan komuniti untuk berada di pentas global. Dengan status sukan-sukan tersebut kini beralih ke jauh dari sekadar nic, China sedang menerokai jalan baharu untuk memupuk bakat, serta memperluas lagi penyertaan.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Kaunti Kecil di Jiangxi Jadi Penjana Biliard Global
- Sukan Tradisional Kekal Relevan, Suntik Keterujaan Penonton
- Atlet Cilik China Dinobatkan Juara Trek Pam Kebangsaan
- Ledakan Sukan di China Cipta Peluang Kerja Baharu
- Sukan Malam Hangatkan Musim Panas di Ibu Kota Purba, Xi’an
- Diabolo Lahirkan Rakyat Berbadan Sihat
- Redah Yangtze Sebahagian Hidup Orang Wuhan
- Trend ‘Sukan Wanita’ Luaskan Pintu Niaga untuk Jenama
- Chongqing, “Bandar Pergunungan” Tempat untuk Parkur
- Kejohanan Luncur Layang-layang Kebangsaan 2023 Buka Tirai di Hainan