- Lain-lain
China Jadi Enjin Utama Pertumbuhan Industri Perfileman Global

Pasaran perfileman China terus menunjukkan kemajuan menggalakkan apabila tayangan filem animasi di seluruh negara menempa sejarah kutipan paling tinggi iaitu 25 bilion yuan (RM14.48 bilion) bagi tahun 2025.
Hasil kutipan filem animasi Zootopia 2 direkod mencecah AS$1 bilion (RM4.08 bilion) di pasaran global, dan China menyumbang hampir separuh kepada keseluruhan kutipan berkenaan.
Prestasi itu menyaksikan negara Tembok Besar tampil sebagai pasaran paling dominan dari segi kutipan pecah panggung disusuli Amerika Utara.
Tokoh perfileman Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa pasaran China telah menjadi enjin utama kepada pertumbuhan industri perfileman global.
Antara filem antarabangsa lain yang ditayangkan di pagawam tempatan termasuk Avatar: Fire And Ash, yang juga mendapat sambutan baik daripada penonton China.
Laporan media asing menyebut bahawa populariti filem import berkenaan mencerminkan daya tahan kukuh industri perfileman China serta sikap terbuka negara ini terhadap produk filem yang unggul dari seluruh dunia.
- PM China Adakan Dialog "1+10" dengan Penanggungjawab Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa
- Dagangan Global Dijangka Cecah USD35 Trilion pada 2025-UNCTAD
- PM Li Qiang akan Adakan Dialog dengan Pemimpin 10 Organisasi Ekonomi Antarabangsa
- China Komited Menyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Global-- PM Li
- Tinjauan: Sumbangan China terhadap Ekonomi Dunia Dipuji Responden Global
- AMRO Naikkan Unjuran Ekonomi Serantau 2025
- Pembangunan Berkualiti Tinggi China Bawa Peluang Besar Buat Dunia
- Ekonomi Marin China Pacu Pertumbuhan Stabil Perdagangan Global
- PM Li: China Kekal Sebagai ‘Tanah Berkembang Maju’ Dalam Ekonomi Global
- China Berikan Layanan Tarif Sifar kepada Semua Negara Paling Kurang Membangun




