- Lain-lain
Pembangunan Berkualiti Tinggi China Bawa Peluang Besar Buat Dunia
Imej bertarikh 29 Julai 2025 ini memaparkan pemandangan malam sebuah terminal kontena di Fuzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (Foto oleh Wang Wangwang)
‘Liga Super Su’, kejohanan akar umbi Liga Bandar Bola Sepak Jiangsu dan Liga Super Kampung yang turut dikenali sebagai Cun Chao telah menjadi tular mutakhir ini, sekali gus menyuntik tenaga segar terhadap pembangunan bersepadu dalam budaya, perdagangan, pelancongan dan sukan.
Permainan Labubu, patung yang kelihatan seperti elf dikeluarkan oleh pembuat mainan China iaitu Pop Mart telah menjadi sensasi global, memperlihatkan tarikan rentas budaya permainan berjenama terkenal China.
Dasar bebas visa China terus membuahkan hasilnya, mendorong kebangkitan trend seperti ‘China Travel’ dan ‘Shop in China’.
Kesemua pembangunan tersebut mencerminkan kebingkasan inovasi ekonomi China, iaitu kemuncak pembangunan berkualiti tinggi, sekali gus menekankan trajektori pertumbuhan stabil dan terjamin.
Sejak awal tahun ini, ekonomi China telah mempamerkan kemajuan yang stabil. Indikator ekonomi utama telah menunjukkan prestasi baik, tenaga produktif kualiti baharu telah membangun dengan stabil, manakala pembukaan dan pembaharuan pula terus diperdalam, mempamerkan daya hidup dan tenaga yang cemerlang.
Pada kebelakangan ini, institusi kewangan antarabangsa dan bank-bank pelaburan termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Morgan Stanley, dan Goldman Sachs telah meningkatkan ramalan terhadap pertumbuhan ekonomi China untuk tahun 2025.
Sebuah laporan keluaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati bahawa China merupakan salah satu daripada beberapa ekonomi utama yang secara besarnya mencapai ramalan pertumbuhan yang dinaik taraf, tatkala terdapat perubahan ekonomi global. Laporan itu turut menekankan terhadap peranan China yang semakin penting dalam cabaran global yang kompleks menerusi strategi ekonominya.
Dari sudut lain, analisis media antarabangsa pada mutakhir ini turut membincangkan tentang ‘faktor hebat’ yang baru muncul, iaitu tarikan dinamik yang berakar umbi dalam inovasi, kerjasama dan budaya belia – mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang di China. Momentum tersebut telah bersedia untuk mendorong kitaran pertumbuhan China yang seterusnya, sekali gus berkemampuan untuk membentuk semula identiti ekonomi globalnya menerusi kolaborasi terbuka.
Seorang pengunjung mempelajari tentang robot humanoid di Ekspo Rantai Bekalan Antarabangsa China (CISCE) ketiga di Beijing, 16 Julai 2025. (Foto oleh Tang Ke)
Kedinamikan inovatif tersebut meresap ke dalam landskap ekonomi China. Negara itu terus memanfaatkan inovasi teknologi dan saintifik untuk membangunkan tenaga produktif kualiti baharu, mempercepat pemumpukan industri-industri utama baharu muncul dengan daya saing antarabangsa, serta mempromosi pembangunan bersepadu dalam inovasi industri dan teknologi, seterusnya menyuntik dorongan ke dalam pembangunan ekonomi.
Menurut Biro Statistik Kebangsaan (NBS) China, pada 2024, nilai tambah industri-industri baharu, format perniagaan baharu dan model perniagaan baharu menyumbang sebanyak 18.01 peratus daripada KDNK China, iaitu peningkatan 0.43 mata peratusan berbanding setahun sebelumnya.
China kini mempunyai tenaga kerja R&D terbesar di dunia, mengungguli secara global dalam kluster inovasi teknologi dan sains tingkat atas, serta memiliki sebanyak lebih 460,000 perusahaan teknologi tinggi. Penemuan baharu dalam model-model AI sumber terbuka dan terapeutik novel muncul secara berterusan, manakala sektor termaju seperti pembuatan dron pintar dan peralatan automotif pintar pula berkembang maju.
Pada separuh pertama tahun ini, nilai tambah industri pembuatan teknologi tinggi China bertumbuh sebanyak 9.5 peratus. Pelaburan asing dalam sektor teknologi tinggi juga berkembang secara signifikan, dengan terdapat peningkatan dalam penggunaan sebenar modal asing dalam sektor perkhidmatan e-dagang, sektor pembuatan farmaseutikal kimia, dan sektor pembuatan peralatan aeroangkasa.
Imej bertarikh 5 Julai 2025 ini memperlihatkan pelancong asing sedang merasai pengalaman perarakan tanglung berbentuk ikan di kampung Hongcun, kaunti Yixian, Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Foto oleh Xu Jiadong)
Baru-baru ini, delegasi dari lembaga Majlis Perniagaan AS-China yang terdiri daripada eksekutif kanan firma terkemuka Amerika, telah mengunjungi China. Mereka menyatakan bahawa China telah menghantar isyarat jelas untuk mengembangkan lagi pembukaan bertaraf tinggi, yang penting buat syarikat asing termasuk perusahaan AS yang mahu melabur dan berkembang di China.
Pada suatu ketika apabila peningkatan fahaman unilateral dan perlindungan telah menyumbang kepada ketidaktentuan ekonomi global secara signifikan, kestabilan dasar China dan perancangan jangka panjang pembukaan bertaraf tinggi telah menjadi sesuatu yang cukup berharga.
China juga mengembangkan percubaan untuk membukan sektor seperti telekomunikasi, perkhidmatan perubatan, dan pendidikan, yang secara tidak langsung mempromosi pembukaan bioperubatan, sambil menggalakkan syarikat asing untuk membuat pelaburan ekuiti, menjadikannya destinasi pilihan buat pelaburan asing. China kekal komited untuk melebarkan pembukaannya terhadap ekonomi global.
Tatkala ekonomi dunia menghadapi cabaran yang bertali-arus, China menyuntik jaminan yang lebih besar kepada ekonomi global menerusi pembangunan stabilnya dan menjana peluang baharu untuk pelbagai negara dengan mengembangkan pembukaan secara berterusan.
Dengan Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) yang semakin melabuhkan tirainya dan FYP ke-15 (2026-2030) pula semakin hampir, China akan memberi respon terhadap persekitaran luar yang tidak menentu dengan dasar yang cekap dan kuat, memanfaatkan peluang pembangunan, pontensi dan kelebihan, serta menggabungkan dan mengembangkan momentum positif terhadap pemulihan dan penambahbaikan ekonomi untuk mengekalkan kelancaran ekonomi China.
- China Sokong Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Main Peranan Penting dalam Tadbir Urus Global: PM Li
- China Sokong dan Galakkan Ekonomi Dunia yang Terbuka
- Keinginan Sektor Korporat Guna RMB Makin Meningkat
- Bina Hubungan Rakan Pemulihan Ekonomi Global: Xi
- Ekonomi Marin China Pacu Pertumbuhan Stabil Perdagangan Global
- PM Li: China Kekal Sebagai ‘Tanah Berkembang Maju’ Dalam Ekonomi Global
- China Berikan Layanan Tarif Sifar kepada Semua Negara Paling Kurang Membangun
- Dasar Tarif AS Beri Impak Besar kepada Ekonomi Global
- IMF Turunkan Ramalan Pertumbuhan Ekonomi Global kepada 2.8 Peratus
- Ekonomi ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan Dijangka Tumbuh Mampan
- Inisiatif Beijing Diketengah, Seru Percepat Pemulihan Ekonomi Dunia
- Pertumbuhan Ekonomi Global Semakin Pulih
- Kadar Pertumbuhan Ekonomi Dunia Diunjur Rekodkan 2.4 Peratus 2024: Laporan PBB
- China Tetap Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global