Tinjauan: Sumbangan China terhadap Ekonomi Dunia Dipuji Responden Global

(CRI)Jumaat 17 Oktober 2025

Tinjauan pendapat umum ini dilancarkan bersama oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China menerusi Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu selama tiga tahun berturut-turut.

Tinjauan ini melibatkan 47,000 responden dari 46 negara, meliputi negara-negara maju yang utama dan negara-negara Selatan Global. Semua responden ialah rakyat biasa yang berusia 18 tahun ke atas.

Menurut keputusan tinjauan pada tahun 2025, sebanyak 89.5 peratus responden menganggap keupayaan ekonomi China sebagai kuat, manakala 86.4 peratus responden memberikan pujian dan pengiktirafan terhadap sumbangan penting China terhadap ekonomi dunia.

Sementara itu, sebanyak 72.6 peratus responden berpendapat bahawa China merupakan pasaran terbuka dan berdaya saing, dan 78 peratus responden mengaku negara mereka memperoleh banyak manfaat daripada perdagangan dengan China.

Video

Berita Berkaitan