Cari Pendekatan Hidup Bersama yang Kondusif, Mustahak bagi China dan AS

(CRI)Rabu 31 Disember 2025

Hubungan China-Amerika Syarikat (AS) adalah antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia ini. Apa yang dipilih China dan AS dalam pelaksanaan strategi boleh membawa impak terhadap perkembangan zaman dalam landskap dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam Seminar Situasi Antarabangsa dan Diplomatik China 2025 di Beijing pada Selasa.

"Kepentingan negara sendiri, kepentingan keseluruhan dunia dan kepentingan untuk jangka masa panjang merupakan antara faktor-faktor penentu ketika China melihat dan menangani hubungan dengan AS pada sepanjang tahun ini. China secara berprinsip menunjukkan pendirian yang teguh dan sikap yang jelas berhubung sejumlah masalah yang penting, dan tidak pernah tolak ansur apabila masalah yang melibatkan kepentingan teras negara sendiri disentuh.

"Menyentuh tentang interaksi dan sesi dialog yang diadakan dengan AS yang bertujuan untuk mencari peluang kerjasama, China menekankan lagi peri pentingnya rundingan dan permuafakatan dalam penyelesaian pertelingkahan, yang juga dilihat kondusif bagi AS mengambil sikap yang rasional dan objektif terhadap China," kata Wang.

"Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump pernah berbual melalui telefon sebanyak empat kali dan juga pernah berkomunikasi melalui surat kerap kali. Dalam tempoh pertemuan di Busan, Korea Selatan tidak lama dahulu, kedua-dua pemimpin ini telah bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala dan isu-isu yang melibatkan kedamaian dan pembangunan dunia, yang dilihat penting bagi China dan AS mendorong hubungan dua hala berkembang ke arah yang betul setelah menempuh jalan yang penuh dengan onak ranjau.

"Pengalaman China dan AS pada sepanjang tahun 2025 membuktikan bahawa perkembangan hubungan bilateral yang mantap tidak terlepas dari pengamalan pelbagai prinsip seperti saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama yang bersifat sama menang. Hubungan yang baik boleh membawa manfaat kepada kedua-dua negara malah seluruh dunia, dan sebaliknya hubungan yang buruk hanya boleh menjadikan kedua-dua pihak sama kalah. Mencari pakej penyelesaian yang berkaitan dengan keprihatinan masing-masing dan pendekatan hidup bersama yang kondusif, adalah mustahak bagi kedua-dua negara gergasi kami," tambah Wang.

Video

Berita Berkaitan