- Lain-lain
China, AS Harus Kekal Momentum Hubungan Dua Hala, Maju ke Arah Betul - kata Presiden Xi
Presiden China Xi Jinping berkata China dan Amerika Syarikat (AS) harus mengekalkan momentum perkembangan hubungan dua hala, dan maju ke arah yang betul berdasarkan prinsip sama rata, saling menghormati dan saling menguntungkan.
Xi berkata demikian dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari AS Donald Trump menerusi telefon, pada Isnin.
Xi berkata beliau dan Trump telah mencapai persefahaman penting semasa pertemuan di Busan pada bulan lalu. Mereka telah membetulkan arah pelayaran bagi kapal besar hubungan China-AS, dan menyuntik momentum untuk memastikan kapal itu berlayar secara tegap, sekali gus mengeluarkan isyarat positif kepada dunia.
Xi menegaskan bahawa kerjasama China-AS akan membawakan situasi sama menang, manakala konfrontasi akan menjejaskan kedua-dua negara. Ini telah berulang kali terbukti kebenaran dengan pengalaman.
Beliau berkata kedua-dua negara harus memanjangkan senarai kerjasama, di samping memendekkan senarai masalah, mencapai lebih banyak kemajuan positif, mencipta ruang kerjasama baharu supaya memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah dunia.
Selain itu, Xi juga mengulangi pendirian China dalam isu Taiwan.
Beliau berkata kepulangan Taiwan ke China merupakan komponen penting dalam orde antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua. China dan AS pernah berganding bahu memerangi Fasisdan militarisme, sekarang kedua-dua negara perlu bersama-sama memelihara hasil kemenangan perang tersebut.
Trump dalam perbualan itu memuji Presiden Xi sebagai pemimpin yang unggul.
Beliau berkata, pertemuannya dengan Xi di Busan amat menggembirakan dan beliau bersetuju dengan pandangan Xi tentang hubungan kedua-dua negara.
Trump berkata, kedua-dua pihak sedang melaksanakan konsensus yang dicapai dalam pertemuan tersebut.
Beliau menambah, China telah memberikan sumbangan signifikan demi kemenangan Perang Dunia Kedua, dan AS amat memahami betapa pentingnya isu Taiwan bagi China.
- China, AS Bincang Keselamatan Maritim di Hawaii
- China, AS Bincang Pelaksanaan Hasil Rundingan Perdagangan
- China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Pemimpin Kedua-dua Negara dengan Baik
- Langkah Pelaksanaan Konsensus Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS di KL
- Menteri Pertahanan China Bertemu Ketua Pentagon di Kuala Lumpur
- Xi Bertemu Trump di Busan, Seru Perkukuh Hubungan China-AS
- Xi, Trump Bakal Bertemu di Busan
- China, AS Capai Konsensus Asas dalam Rundingan Ekonomi dan Perdagangan di Malaysia
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Terus Diadakan di KL
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Bermula di KL




