Demonstrasi Global Bantah Pencerobohan AS ke atas Venezuela

(CRI)Isnin 05 Januari 2026

Tunjuk perasaan tercetus di pelbagai lokasi di seluruh dunia sebagai membantah serangan ketenteraan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela serta tindakan mengawal secara paksa Presiden Nicolas Maduro.

Menurut laporan, protes diadakan di Argentina, Colombia, Ecuador, Mexico, Puerto Rico, Uruguay, Itali, Perancis, Sepanyol dan beberapa bandar di AS.

Di Uruguay, perhimpunan besar-besaran diadakan secara serentak di ibu negara dan tujuh wilayah lain pada Ahad untuk mengecam tindakan ketenteraan AS itu.

Pada hari yang sama, beratus-ratus orang berkumpul di hadapan Kedutaan Venezuela di Mexico.

Mereka menyifatkan serangan itu sebagai langkah regresi dalam sejarah Amerika Latin, memandangkan kawasan tersebut tidak terlibat secara langsung dalam konflik bersenjata dalam tempoh beberapa dekad.

Selain itu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul secara aman di hadapan mahkamah persekutuan di San Juan, Puerto Rico sebagai mengecam tindakan menjadikan rantau Carribean sebagai platform ketenteraan, selain membantah campur tangan AS serta menuntut penghormatan terhadap kedaulatan Venezuela.

Para penunjuk perasaan berpendapat bahawa pencerobohan AS ke atas Venezuela mewujudkan duluan berbahaya, yang mungkin menormalisasikan campur tangan langsung ketenteraan terhadap kerajaan yang tidak selari dengan kepentingan strategik AS.

Video

Berita Berkaitan