China Kutuk Tindakan Kekerasan AS terhadap Venezuela

(CRI)Ahad 04 Januari 2026

China mengecam tindakan kekerasan Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela khususnya melibatkan penangkapan Presiden Nicolas Maduro.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) berkata amalan hegemoni AS tersebut jelas melanggar undang-undang antarabangsa, mencabul kedaulatan Venezuela, serta mengancam keamanan dan keselamatan rantau Amerika Latin dan Caribbean.

China menggesa agar AS mematuhi undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menghentikan pencabulan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara lain.

Video

Berita Berkaitan