Presiden Interim Venezuela Jemput AS Bangunkan Agenda Kerjasama

(CRI)Isnin 05 Januari 2026

Menteri Luar Venezuela, Ivan Gil pada Ahad mendedahkan sepucuk surat daripada Presiden Interim Venezuela Delcy Rodriguez yang ditujukan kepada masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kandungan surat tersebut, Venezuela menegaskan komitmennya terhadap keamanan dan usaha mewujudkan kehidupan bersama secara damai, serta hasrat untuk bebas dari ancaman luar dalam suasana antarabangsa yang saling menghormati dan bekerjasama.

Venezuela juga yakin keamanan global perlu bermula dengan keamanan di setiap negara.

Venezuela turut menekankan keperluan untuk memajukan hubungan antarabangsa yang seimbang dan saling menghormati, berasaskan kesamarataan, kedaulatan dan tiada campur tangan.

Surat itu juga menyatakan bahawa kerajaan Venezuela mengundang kerajaan AS untuk bersama menggubal agenda kerjasama, serta memperkukuh kewujudan bersama yang berkekalan dalam kerangka undang-undang antarabangsa.

Dalam surat itu, Venezuela menyampaikan mesej kepada Presiden AS, Donald Trump bahawa rakyat Venezuela dan rantaunya berhak menikmati kedamaian dan dialog, bukan perang.

Ini merupakan pendirian Presiden Nicolas Maduro, iaitu Venezuela berhak menikmati keamanan, pembangunan, kedaulatan dan masa depan.

Video

Berita Berkaitan