Menteri Luar China, Finland Adakan Perbualan Telefon

(CRI)Rabu 07 Januari 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Finland Elina Valtonen, pada Selesa.

Wang Yi menyatakan bahawa China dan Eropah harus mengutamakan kerjasama, di samping memperkukuh hubungan sebagai rakan.

Menurut beliau, tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 China. China akan mengekalkan keterbukaan bertaraf tinggi, dan ingin meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan Finland.

"China bersedia mempergiat kerjasama dengan Finland dalam bidang-bidang seperti transformasi tenaga, ekonomi kitaran, kecerdasan buatan (AI), perlindungan alam sekitar, ekonomi golongan emas, dan sebagainya," kata Wang.

Selain itu, beliau turut menzahirkan kesediaan pihak China untuk berganding bahu dengan Finland dalam mempertahankan perdagangan bebas, menyokong globalisasi ekonomi, serta mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Elina Valtonen dalam perbualan itu menyatakan bahawa hubungan antara Finland dan China berkembang secara mantap dalam jangka masa panjang, dan pihaknya akan terus berpegang teguh kepada dasar satu China.

"Finland berharap untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, dan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai sektor.

"Eropah dan China merupakan rakan kongsi penting dalam sektor iklim, tenaga dan sebagainya. Oleh itu, kedua-dua negara mengekalkan hubungan yang konstruktif juga amat penting. Finland bersedia memainkan peranan proaktif dalam usaha ini," kata Valtonen.

Kedua-dua menteri luar juga bertukar-tukar pendapat mengenai situasi semasa dan prospek krisis Ukraine.

Video

Berita Berkaitan