Indonesia, Negara Pertama Sekat Chatbot 'Grok' Milik Elon Musk

(CRI)Ahad 11 Januari 2026

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia pada Sabtu menyatakan, pihaknya menyekat sementara chatbot 'Grok' hasilan xAI, syarikat kecerdasan buatan (AI) milik usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk berikutan risiko kandungan lucah yang dijana AI, dan menjadikan Indonesia negara pertama menyekat akses kepada alat AI tersebut.

Baru-baru ini, sejumlah pengguna platform X, media sosial milik Elon Musk dilaporkan menggunakan 'Grok' untuk menyunting imej dan video. Sesetengah antara mereka menghasilkan kandungan seksual palsu dengan individu sebenar termasuk ratusan wanita dewasa dan remaja bawah umur serta menyebarkannya di platform X, dan fenomena seumpama itu telah mengundang kecaman dari sejumlah negara seperti Britain.

Video

Berita Berkaitan