- Lain-lain
Daya Pengaruh China Semakin Meningkat: Media Asing
Akhbar Jerman, Frankfurter Allgemeine Zeitung baru-baru ini menyiarkan artikel yang menyebut bahawa tahun 2025 menyaksikan sistem nilai global dicorak semula dan daya pengaruh China di arena antarabangsa terus meningkat.
Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang dikemukakan China dalam lima tahun lalu membawa kerangka pemikiran kepada perubahan geopolitik dewasa ini.
Menerusi bantuan dari segi perdagangan, pinjaman kewangan, pelaburan dan infrastruktur serta program latihan, China sedang membentuk jaringan kerjasama global yang mengatasi kerangka diwujudkan Barat.
Menurut artikel itu, cetak biru berkenaan bertujuan membaharui dan menambah baik orde antarabangsa sedia ada, bukan mahu berlawan dengan Barat.
China menjunjung prinsip-prinsip yang ditetapkan pasca Perang Dunia II dan menentang campur tangan kuasa asing, di samping membantu negara bukan Barat mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menerusi kerjasama bilateral dan multilateral.




