Tinjauan CGTN: Inisiatif Tadbir Urus Global Dihargai Responden Global

(CRI)Jumaat 16 Januari 2026

Pada awal tahun 2026, dunia berdepan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan amalan buli sepihak dan undang-undang rimba. Dalam konteks ini, sistem tadbir urus global juga menghadapi masalah yang semakin menonjol terutamanya dari segi kewibawaan, keberkesanan dan representasinya.

Satu tinjauan membabitkan 31,000 warganet dari 52 negara yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dalam dua tahun lalu menunjukkan, rata-rata responden menganggap pembaharuan terhadap sistem tadbir urus global sedia ada merupakan satu perkara yang mendesak.

Menurut hasil tinjauan pada 2025, sebanyak 70.6 peratus responden berpendapat sistem tadbir urus global yang diterajui negara maju sudah gagal.

Sementara itu, 72.9 peratus responden menyatakan bahawa kewibawaan dan kedudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang dicabar.

Tinjauan itu juga mendapati para responden amat menghargai konsep teras Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang dikemukakan China pada September lalu serta sumbangan China kepada tadbir urus sejagat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, 74.8 peratus responden dari negara Selatan Global dan 61.1 peratus responden dari negara maju menyatakan penghargaan terhadap visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Selain itu, konsep tadbir urus global berprinsipkan 'berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi' yang diketengahkan China juga menerima pengiktirafan tinggi daripada majoriti responden.

Video

Berita Berkaitan