- Lain-lain
Pasaran Gergasi China Beri Peluang Besar kepada Dunia

Jumlah perusahaan Amerika Syarikat di China yang optimis terhadap pertumbuhan pasaran China meningkat dengan ketara.
Sementara itu, lebih separuh daripada perusahaan itu diyakini meraih keuntungan malah keuntungan besar pada tahun 2025.
Demikian hasil tinjauan yang dilancarkan oleh Dewan Perniagaan Amerika Syarikat di China (AmCham China) baru-baru ini.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Isnin ketika mengulas perkara tersebut berkata, pasaran gergasi China telah memberikan peluang besar kepada dunia.
"Melabur di China bererti mempunyai peluang untuk meraih keuntungan," kata Guo.
Menurut tinjauan AmCham China tersebut, lebih 70 peratus syarikat AS di China tiada rancangan untuk mengalihkan urus niaga mereka dari China, sementara hampir 60 peratus syarikat merancang untuk meningkatkan pelaburan di China.
Mengulas lanjut, Guo berkata kejayaan syarikat AS di China membuktikan bahawa China dan AS akan memperoleh manfaat daripada kerjasama, manakala hubungan China-AS yang stabil, sihat dan mampan adalah selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara.
"China akan terus memberikan kestabilan, pertumbuhan dan inovasi kepada ekonomi dunia.
"Kami mengalu-alukan syarikat dari pelbagai negara termasuk AS untuk mengambil peluang daripada pembangunan berkualiti tinggi China dan berkongsi 'bonus super' dari pasaran bertrilion yuan di negara ini," kata Guo.
- Kementerian Perdagangan China Akan Galak Penggunaan, Keterbukaan
- China Teguh Orak Langkah ke Hadapan, Suntik Keyakinan Buat Dunia
- China Komited Perluas Keterbukaan secara Berinisiatif
- China yang Terbuka, Berkongsi Peluang
- Artikel Xi Mengenai Keterbukaan Bertaraf Tinggi Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Usaha Berterusan Pembukaan China Terokai Peluang Global
- China Teruskan Usaha Kembangkan Pembukaan Peringkat Tinggi pada 2025
- Keterbukaan China Cetus Peluang Luas Buat Dunia
- Jumlah Kenderaan Keluar Masuk Pintu Masuk Takesh Ken Baharui Rekod




