- Lain-lain
GGI Terima Sokongan Lebih 150 Negara
China bersedia berusaha bersama pelbagai pihak bagi memantapkan pelaksanaan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) tatkala berdepan cabaran global yang semakin serius.
Naib Menteri Luar China Sun Weidong pada Isnin berkata, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara besar yang bertanggungjawab, China komited mengamalkan multilateralisme jitu dan mendorong pembaharuan tadbir urus di peringkat global.
Menurut beliau, GGI setakat ini telah mendapat sokongan daripada lebih 150 buah negara.
Sun menegaskan bahawa hubungan sesama negara perlu berteraskan kepada pematuhan sistem dan peraturan, serta tidak membiarkan amalan penindasan terhadap pihak yang lemah.
Tiada ruang untuk amalan hegemoni, katanya sambil menambah bahawa kuasa besar perlu menjadi contoh dalam menjunjung kedaulatan undang-undang dan mematuhi peraturan.
- SCO Berupaya Menyumbang kepada Tadbir Urus Global yang Lebih Baik - PM China
- Forum Lanting: Martabatkan Initiatif Tadbir Urus Global demi Manfaat Umat Manusia
- Perlu Pelihara Status PBB, Perkukuh Tadbir Urus Global - MFA
- GGI Paparkan Konsensus Masyarakat Antarabangsa
- PM China Bertemu Ketua PBB di New York
- GGI Bantu Tambah Baik Sistem Tadbir Urus Global




