- Lain-lain
Presiden WEF Seru Pemimpin Pelbagai Negara Bersinergi Wujudkan Situasi Sama Menang
Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF) Borge Brende berharap pemimpin pelbagai negara dapat berkumpul dan menyelesaikan masalah berdasarkan prinsip sama menang.
"Ini amat signifikan kerana banyak cabaran yang kita hadapi pada masa ini hanya boleh diselesaikan melalui usaha bersama.
Brende berkata demikian ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) sempena Sidang Tahunan WEF 2026 di Davos baru-baru ini.
Menurut beliau, China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia, mempunyai pengaruh besar dan memainkan peranan bimbingan dalam pelbagai sektor.
"Pada masa sama, China menekankan peranan penting organisasi pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Bagi sesebuah negara besar, tindakan sepihak mungkin lebih mudah. Namun China sentiasa menekankan pentingya sinergi dan kesatuan tenaga yang boleh membawa kepada manfaat untuk jangka masa panjang.
Ketika menyebut sumbangan China dalam mempromosikan sistem ekonomi global yang terbuka, Brende memuji prestasi cemerlang yang dilakar China dalam pembangunan ekonomi khususnya sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.
"Pada tahun 1979, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China hanya menyumbang 2 peratus kepada jumlah dunia, dan angka itu telah meningkat kepada 20 peratus pada masa ini.
"Dasar pembaharuan dan pintu terbuka bukan sahaja mengukuhkan ekonomi China, malah juga menawarkan banyak peluang pekerjaan, dan menyumbang kepada pengurangan kemiskinan.
Brende berkata China kini mendahului negara-negara lain dalam beberapa teknologi. Di samping itu, China juga melakar prestasi cemerlang dalam sektor pembangunan tenaga boleh diperbaharui, kenderaan elektrik dan rangkaian landasan kereta api laju.
“Saya percaya China akan terus mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka kerana semua kemajuan dan pembangunan di China berkat keterbukaan ekonomi," ujar Brende.
- WEF 2026 Buka Tirai di Switzerland
- Mesyuarat Tahunan WEF 2025 Buka Tirai di Davos
- Mesyuarat Khas WEF Buka Tirai di Riyadh
- Pengasas WEF Yakin Prospek Ekonomi China
- Sidang Tahunan 2024 WEF: China Penggerak Utama Kerjasama Antarabangsa
- Li Qiang: Pilih Pasaran China Tidak Bawa Risiko Sebaliknya Peluang
- Sidang Tahunan 2024 WEF Buka Tirai di Davos
- Li Qiang Bakal Hadir WEF 2024, Lawat Switzerland, Ireland
- China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO
- Sistem Kewangan Mapan, Industri Hartanah Berpotensi




