- Lain-lain
China Terus Curi Perhatian Dunia

Sepuluh hari yang lalu, Perdana Menteri Kanada Mark Carney melakukan lawatan rasmi ke China dengan banyak dokumen kerjasama berjaya dimeterai.
Tidak lama selepas itu, Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026 membuka tirai di Davos, Switzerland dan 'peluang dijana China' terus meniti di bibir para peserta mesyuarat tahunan itu.
Bermula 25 Januari, Perdana Menteri Finland Petteri Orpo yang mengetuai delegasi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke China.
Mengapa China terus mencuri perhatian dunia?
Ambil WEF sebagai contoh. Tema forum tahun ini ialah Semangat Dialog, satu mesej positif yang memperlihatkan aspirasi komuniti antarabangsa untuk meningkatkan dialog dan merapatkan perbezaan.
Semakin banyak negara menunjukkan hasrat kuat untuk berdialog dan bekerjasama dengan China, yang merupakan entiti ekonomi kedua terbesar dunia.

China turut menyuntik unsur kepastian kepada dunia yang tidak menentu ketika ini, apabila mengetengahkan beberapa syor pada forum berkenaan antaranya termasuk menjunjung perdagangan bebas, mempertahankan multilateralisme dan mengekalkan kerjasama saling untung.
Pada masa sama, kemantapan ekonomi China juga merangsang pemulihan ekonomi global.
Lebih-lebih lagi, pintu China akan terus kekal terbuka supaya dunia dapat berkongsi hasil pembangunan berkualiti tinggi negara Tembok Besar.
Baru-baru ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2026.
Diyakini bahawa China akan membekalkan lebih banyak momentum kepada ekonomi global dan terus menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai, mantap dan terbuka pada tahun baharu.
- WEF 2026 Buka Tirai di Switzerland
- Mesyuarat Tahunan WEF 2025 Buka Tirai di Davos
- Mesyuarat Khas WEF Buka Tirai di Riyadh
- Pengasas WEF Yakin Prospek Ekonomi China
- Sidang Tahunan 2024 WEF: China Penggerak Utama Kerjasama Antarabangsa
- Li Qiang: Pilih Pasaran China Tidak Bawa Risiko Sebaliknya Peluang
- Sidang Tahunan 2024 WEF Buka Tirai di Davos
- Li Qiang Bakal Hadir WEF 2024, Lawat Switzerland, Ireland
- China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO
- Sistem Kewangan Mapan, Industri Hartanah Berpotensi




