Jumlah Kenderaan Bermotor di China Cecah 469 Juta Unit pada 2025

(CRI)Isnin 26 Januari 2026

Jumlah kenderaan bermotor di China mencecah 469 juta unit, termasuk 366 juta kereta pada tahun 2025.

Menurut statistik dari Kementerian Keselamatan Awam, jumlah pemandu kenderaan bermotor di China meningkat kepada 559 juta orang, dengan 525 juta daripadanya merupakan pemandu kereta.

Setakat akhir tahun 2025, jumlah kenderaan elektrik bateri (BEV) di seluruh negara mencecah 43.97 juta unit, iaitu 12.01 peratus daripada keseluruhan kenderaan berdaftar.

Video

Berita Berkaitan