China Catat Rekod Baharu Pengeluaran, Jualan Kenderaan

(CRI)Jumaat 12 Disember 2025

China mencatat rekod baharu pengeluaran kenderaan bulanan apabila melepasi 3.5 juta unit pada November, menurut data terkini Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM).

Data CAAM menunjukkan jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan di China masing-masing melebihi 31 juta unit pada 11 bulan pertama tahun ini, meningkat lebih 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagi tempoh sama, jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) turut merekodkan peningkatan lebih 30 peratus tahun ke tahun dengan masing-masing mencatat hampir 15 juta unit.

Video

Berita Berkaitan