- Lain-lain
Jawatankuasa Penasihat BRF Tekankan Kerjasama, Kestabilan Ketika Dunia Mendepani Cabaran

Jawatankuasa Penasihat Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) mengadakan mesyuarat video pada Selasa, dan melancarkan laporan penyelidikan bertajuk "Inisiatif Jalur dan Laluan: Kerjasama Ekonomi Antarabangsa Berkualiti Tinggi".
Menurut laporan itu, pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menyumbangkan faktor kestabilan kepada dunia yang mendepani ketidakpastian pada masa ini.
Selain itu, laporan itu menekankan bahawa tadbir urus global dan multilateralisme amat bergantung kepada kepercayaan politik, perjanjian kerjasama ekonomi dan perdagangan, mekanisme penyelesaian pertikaian, dan tindakan kolektif.
Pembinaan bersama BRI telah memperkukuh kepercayaan sesama negara, dan inilah sumbangan yang amat signifikan bagi kemajuan dunia, kata laporan tersebut.
Naib Menteri Luar China Ma Zhaoxu ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat itu berkata, negara-negara yang menyertai BRI komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan bersama, di samping mempergiat kerjasama antarabangsa sama menang, sekali gus mengeluarkan isyarat positif mengenai kesatuan, kerjasama dan hasil sama menang.
- Import Eksport China ke Negara BRI Naik 6.2% Tiga Suku Pertama 2025
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi| Bengkel Luban: Latihan Bakat di Thailand
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Penyepaduan Kewangan Terangi Isi Rumah di ‘Negara Pelangi’
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming
- Forum Kemuncak Jalur dan Laluan ke-10 Buka Tirai
- 77 Negara dan Wilayah BRI Sahkan Penyertaan dalam CIFIT ke-25
- Sama Menang, Inti Pati Kerjasama BRI
- People’s Daily Online Buat Debut MV ‘Boundless Silk Road’




