- Lain-lain
Import Eksport China ke Negara BRI Naik 6.2% Tiga Suku Pertama 2025
Jumlah import dan eksport China ke negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah RMB17.37 trilion (RM10.3 trilion), meningkat 6.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 2.2 mata peratusan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan keseluruhan perdagangan luar China.
Demikian menurut Pejabat Penerangan Negara China dalam sidang media mengenai prestasi import dan eksport negara pada tiga suku pertama tahun 2025 pada Isnin.
Daripada segi import, sebanyak 64.6 peratus daripada import komoditi pukal China dan 69.1 peratus daripada import produk pertanian China adalah dari negara-negara BRI.
Manakala pengeksportan bagi produk maklumat dan elektronik China ke negara-negara BRI pula meningkat 16.6 peratus, peralatan canggih meningkat 37 peratus dan set penjana kuasa angin meningkat 58 peratus.
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi| Bengkel Luban: Latihan Bakat di Thailand
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Penyepaduan Kewangan Terangi Isi Rumah di ‘Negara Pelangi’
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming
- Forum Kemuncak Jalur dan Laluan ke-10 Buka Tirai
- 77 Negara dan Wilayah BRI Sahkan Penyertaan dalam CIFIT ke-25
- Sama Menang, Inti Pati Kerjasama BRI
- People’s Daily Online Buat Debut MV ‘Boundless Silk Road’
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan