Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 September 2025

Majlis penyampaian Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 diadakan di Kunming, provinsi Yunnan, pada 16 September, bertepatan dengan Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2025.

Selepas penilaian awal oleh Jawatankuasa Akademik, penilaian akhir oleh juri, dan pertimbangan oleh badan-badan pengelola Perikatan Kerjasama Berita Jalur dan Laluan, ketua pengarang EU Reporter Colin Stevens dipilih sebagai pemenang Anugerah Laporan Terbaik untuk penyertaannya “China’s Belt and Road Initiative : Building Bridges Not Walls”.

Anugerah Fotografi Terbaik disampaikan kepada jurugambar dari Argentina, Renato Valentini dan Rocio Vellon dengan karya “CCRC New Energy Trains Roll into Jujuy”, manakala karya NEWS.am Armenia “In The Book of My Dreams” mendapat Anugerah Video Terbaik. Dokumentari “Treasures and Masks” terbitan Televisyen Mesir bersama China Media group menerima Anugerah Inovasi Terbaik.

Pertandingan dihoskan oleh Perikatan Kerjasama Berita Jalur dan Laluan atas anjuran pengerusi perikatan, People’s Daily. Empat kategori anugerah ditawarkan, iaitu Laporan Terbaik, Fotografi Terbaik, Video Terbaik dan Inovasi Terbaik. Sejak dibuka untuk pendaftaran peserta pada April 2024, hampir 5,000 penyertaan telah diterima dari 110 negara dan wilayah. Sebanyak 58 karya terunggul dari 37 negara terpilih, termasuk empat Hadiah Utama, 16 pencalonan dan 38 finalis.

Terdiri daripada badan-badan media dari negara dan wilayah peserta BRI, Perikatan Kerjasama Berita Jalur dan Laluan merupakan sebuah platform kerjasama media penting di bawah rangka kerjasama Jalur dan Laluan. Anugerah Berita Global Jalan Sutera ini satu-satunya program anugerah kewartawanan antarabangsa dalam rangka multilateral BRI. Edisi kedua pertandingan ini sebahagian hasil kerjasama multilateral Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan ke-3.

Video

Berita Berkaitan