Kapasiti Penjanaan Elektrik Negara 3.89 Bilion Kw Setakat Akhir 2025

(CRI)Khamis 29 Januari 2026

Jumlah kapasiti penjanaan elektrik negara secara kumulatif mencapai 3.89 bilion kilowatt setakat akhir tahun 2025, meningkat 16.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Pentadbiran Tenaga Nasional China pada Rabu, kapasiti penjanaan elektrik berkuasa solar mencatat 1.2 bilion kilowatt, meningkat 35.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala kapasiti penjanaan elektrik berkuasa angin mencecah 640 juta kilowatt, meningkat 22.9 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan