- Lain-lain
Ruang Pasaran China, Ahli APEC Lain Terus Diperluas: GACC

Prestasi import dan eksport antara China dengan anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang lain terus cemerlang apabila jumlah perdagangan barangan mencapai 26.29 trilion yuan (RM14.87 trilion) pada 2025, mewakili 57.82 peratus daripada nilai keseluruhan dagangan luar China.
Pentadbiran Am Kastam China (GACC) memaklumkan bahawa perdagangan menyasar anggota dari ASEAN, Amerika Latin serta Eropah Tengah dan Timur mencatat pertumbuhan pesat, didorong oleh pelbagai faktor antaranya ketersambungan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kemudahan perkhidmatan keretapi China-Laos dan rel kargo China-Eropah.
Sementara itu, daya tahan perdagangan bertambah kukuh dengan sektor pengangkutan darat dan udara menunjukkan peningkatan ketara.
GACC berkata ruang pasaran antara China dengan ahli APEC lain semakin diperluas.
Pada tahun lalu, China mengeksport produk berteknologi tinggi yang bernilai 4.63 trilion yuan (RM2.62 trilion) kepada anggota APEC lain, naik 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Khususnya, eksport bateri litium-ion, produk fotovoltan dan kenderaan elektrik masing-masing mencatat nilai sebanyak 238.03 bilion yuan (RM134.66 bilion), 52.04 bilion yuan (RM29.44 bilion) dan 157.5 bilion yuan (RM89.1 bilion).
- Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2026 Pertama Bakal Diadakan di Guangzhou
- Rangkaian Pasar Raya, Kedai, Peroleh Keuntungan Stabil Pada 2025
- Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai Kanan APEC Berlangsung di Shenzhen
- Tema, Keutamaan 'Tahun China' APEC 2026 Diumum
- China, Korea Selatan Ikrar Mantapkan Perkongsian Kerjasama Strategik
- Xi Berlepas Pulang Selepas Hadiri Mesyuarat APEC, Lawat Korea Selatan
- Xi Hadir Sesi kedua Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32
- Petikan Ucapan Xi Jinping pada Sesi I Sidang Kemuncak Pemimpin Ekonomi APEC
- Xi Umum Shenzhen Hoskan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026
- Xi Sampai Ucapan Bertulis pada Sidang Kemuncak CEO APEC




