- Lain-lain
Burung Hijrah Serikan Hutan Bakau Guangxi

Kawanan burung hijrah termasuk bangau, tekukur, dan pied avocet dilihat mengerumuni hutan-hutan bakau di pulau Qixing, pekan Shagang, kaunti Hepu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto/People's Daily Online)
Kawanan burung-burung hijrah, termasuk bangau, tekukur, dan burung raja udang baru-baru ini dilihat mengerumuni hutan-hutan bakau di pulau Qixing, pekan Shagang, kaunti Hepu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.
Ada masanya, burung-burung terbang rendah di atas permukaan air sebelum meluncur naik ke udara semula, dalam bentuk gerakan menakjubkan yang nampak seperti ombak bergulung-gulung.
Sejak bermulanya musim sejuk kali ini, burung-burung tersebut berehat di pepohon bakau pada waktu malam dan mencari makan di dataran lumpur pada waktu subuh, menurut pegawai dari pusat pemuliharaan sumber bakau kaunti Hepu.
Dari September hingga Mac setiap tahun, sejumlah besar burung hijrah mendiami tanah basah bakau di Hepu. Setakat ini, lebih daripada 160 spesies telah direkodkan di sini berkat ekologi pesisir yang semakin elok, kawasan kukup yang luas serta sumber semula jadi yang melimpah, ujar pegawai itu lagi.

Kawanan burung hijrah termasuk bangau, tekukur, dan pied avocet dilihat mengerumuni hutan-hutan bakau di pulau Qixing, pekan Shagang, kaunti Hepu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto/People's Daily Online)

Seekor burung hijrah meluncur terbang ketika matahari terbenam di hutan bakau pinggir laut di pulau Qixing, pekan Shagang, kaunti Hepu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto/People's Daily Online)

Foto menunjukkan burung-burung hijrah berehat dan makan di hutan-hutan bakau yang rimbun di pulau Qixing, pekan Shagang, kaunti Hepu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto/People's Daily Online)

Seekor burung hijrah mengembangkan sayap di hutan bakau yang rimbun di pulau Qixing, pekan Shagang, kaunti Hepu, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto/People's Daily Online)
- Pelabuhan Youyiguan Naik Taraf Sistem Pelepasan
- Memandang ke ASEAN, “AI for All” Lancar Produk AI baru
- Burung Swan Habiskan Musim Sejuk di Sanmenxia
- Pembinaan Terusan Pinglu di Guangxi Nampak Kemajuan Luar Biasa
- Aset Alam, “Lombong Emas” Kaunti Daxin, Guangxi
- Pelancong Menikmati Keindahan Bunga di Gunung Qingxiu, Nanning
- Liuzhou Pesatkan Pengaplikasian AI
- Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”
- Inisiatif “AI+Pertanian” Guangxi Buah Hasil Signifikan
- 15 Projek Menangi Pertandingan Inovasi Digital PKS Guangxi–ASEAN




