- Lain-lain
Memandang ke ASEAN, “AI for All” Lancar Produk AI baru
Gala “AI for All: China-ASEAN” yang diadakan pada 26 Disember di Nanning, wilayah Guangxi, membawa pelbagai produk AI baru melalui pendekatan syarikat berpandukan model “R&D di Beijing, Shanghai dan Guangzhou, Integrasi di Guangxi, Aplikasi di ASEAN”.
“d.run”, platform khidmat pengkomputeran awan pintar menggunakan Token, dilancarkan oleh DaoCloud Shanghai dengan matlamat menjadikan kuasa pengkomputeran suatu khidmat awam yang universal. Platform tersebut bukan sahaja menyuntik kecerdasan kepada Guangxi, malahan menyediakan khidmat pengkomputeran yang mudah dicapai bagi ASEAN.

Melalui kolaborasi dengan Institut Kawalan Ubat-ubatan Guangxi, syarikat Guangxi Pinge Intelligent Life Sciences Co., Ltd. telah membangunkan makmal pintar AI 2.0 yang mampu mengesan mikrob menerusi proses “pemeriksaan robot + analisis AI” yang digital sepenuhnya. Produk ini sudah pun diperkenalkan ke Korea Selatan dan India, dan kini sedang dipromosikan di ASEAN.

Pembekal khidmat operasi dan penyenggaraan pintar digital, Runjian Co., Ltd. pula memperkenalkan tiga produk AI menyasarkan pasaran ASEAN. Cakupannya menyentuh penghasilan minyak sawit di Malaysia, pembelajaran bahasa Cina berbantu AI, serta sistem perancangan sumber syarikat yang antara penggunaan praktikalnya sudah pun dilihat di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Wakil korporat menyatakan Guangxi kini sedang beralih daripada sekadar sebuah pasaran bersepadu kepada salah satu pengusaha utama pembuatan pintar, yang memanfaatkan AI untuk memacu kemajuan sektor perindustrian dan memperkasakan kerjasama China-ASEAN.
- Pembinaan Terusan Pinglu di Guangxi Nampak Kemajuan Luar Biasa
- Aset Alam, “Lombong Emas” Kaunti Daxin, Guangxi
- Pelancong Menikmati Keindahan Bunga di Gunung Qingxiu, Nanning
- Liuzhou Pesatkan Pengaplikasian AI
- Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”
- Inisiatif “AI+Pertanian” Guangxi Buah Hasil Signifikan
- 15 Projek Menangi Pertandingan Inovasi Digital PKS Guangxi–ASEAN
- Guangxi Perluas Senario Aplikasi “AI+”
- AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi
- Guangxi Tubuh Dana Pelaburan Industri AI




