- Lain-lain
Aset Alam, “Lombong Emas” Kaunti Daxin, Guangxi
![]() |
| Foto menunjukkan monyet spesies Francois' Langur di kaunti Daxin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto/ Zhao Jiaxin) |
Terletak di sepanjang sempadan China-Vietnam di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, kaunti Daxin telah memodalkan sumber ekologinya yang kaya untuk membina sebuah jenama pelancongan tersendiri berteraskan aktiviti memerhati monyet dan burung. Inisiatif ini sekali gus membuka jalan ke arah pembangunan berkualiti tinggi.
Habitat penting bagi beberapa spesies yang mendapat perlindungan peringkat tertinggi nagara, termasuk monyet spesies Francois' Langur dan enggang tangling, Daxin telah menetapkan satu garis merah perlindungan ekologi dan menubuhkan kawasan-kawasan perlindungan yang berkaitan. Di lokasi-lokasi utama, pasukan peronda ekologi menjalankan pemantauan secara berkala.
Langkah-langkah bersasaran turut diambil untuk menjaga habitat enggang tangling, dengan menggalakkan penduduk kampung mengurangkan pembalakan dan mengamalkan kaedah pertanian yang mesra ekologi. Stesen pemantauan video telah dibina, manakala mekanisme perlindungan bersama membolehkan pemantauan dinamik populasi dilakukan dalam masa nyata.
Kerja-kerja pemuliharaan ini telah pun membuahkan hasil ketara. Populasi enggang tangling di kampung Touya telah nyata meningkat, berikutan kejayaan pembiakan selama beberapa tahun berturut-turut. Monyet spesies Francois' Langur pula semakin tersebar luas di seluruh kaunti, dan keadaan ekologi yang bertambah baik kini menyokong lebih 130 spesies burung.
Kaunti Daxin telah mendorong pembangunan bersepadu ekologi, budaya, pelancongan dan industri. Laluan pelancongan kini menawarkan lawatan sambil belajar melalui aktiviti memerhati burung dan monyet. Menyahut usaha ini, penduduk kampung mengubah suai rumah-rumah kosong menjadi B&B, di samping memperkenalkan produk-produk kebudayaan dan kreatif. Agar memperkaya lagi pengalaman pengunjung, sebuah platform pelancongan pintar turut dilancarkan.
Pada 2025, program pendidikan alam anjuran kaunti itu menarik penyertaan ramai dalam pelbagai aktiviti lawatan sambil belajar. Ekopelancongan menjana pendapatan yang lumayan, membantu meningkatkan bilangan B&B tempatan dan menambah pendapatan isi rumah purata.
Model pelancongan semua dalam satu ini bukan sahaja telah merancakkan penggunaan di kawasan bandar, tapi juga menyumbang kepada kemajuan kawasan desa. Beberapa banyak perkampungan di merata kaunti kini menawarkan khidmat ekopelancongan yang secara langsungnya mencipta pekerjaan untuk penduduk, sementara pekan-pekan meningkatkan pendapatan melalui jualan produk istimewa tempatan seperti madu, longan kering dan kekeras.
- Pelancong Menikmati Keindahan Bunga di Gunung Qingxiu, Nanning
- Liuzhou Pesatkan Pengaplikasian AI
- Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”
- Inisiatif “AI+Pertanian” Guangxi Buah Hasil Signifikan
- 15 Projek Menangi Pertandingan Inovasi Digital PKS Guangxi–ASEAN
- Guangxi Perluas Senario Aplikasi “AI+”
- AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi
- Guangxi Tubuh Dana Pelaburan Industri AI
- Makanan Jalanan Warnai Daya Hidup Industri di Luosifen
- Malam Sains China-ASEAN 2025 Berlangsung di Nanning





