- Lain-lain
15 Projek Menangi Pertandingan Inovasi Digital PKS Guangxi–ASEAN
Pertandingan Inovasi Digital untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Guangxi-ASEAN melabuhkan tirainya di Yulin, Guangxi dengan kejayaan cemerlang apabila 15 projek dinobatkan sebagai pemenang daripada 30 finalis yang menyertai pusingan akhir.
Antara projek yang menerima pengiktirafan termasuk robot penuaian tanaman segar, sistem pengurusan kesihatan berasaskan kecerdasan buatan (AI), platform penjejakan ternakan, dan penyelesaian restoran pintar imersif.
Berlangsung sejak Ogos lalu, pertandingan tersebut berjaya menarik penyertaan sebanyak 677 pasukan merentasi pelbagai bidang termasuk pembuatan pintar, penjagaan kesihatan digital, pertanian pintar, logistik pintar, serta tenaga dan alam sekitar.
Tiga kategori utama telah dipertandingkan iaitu penyelesaian individu, penyelesaian menyeluruh, dan kajian kes transformasi digital-pintar. Setelah melalui proses saringan secara dalam talian dan pusingan awal, 30 projek terbaik berjaya mara ke peringkat akhir.
Projek-projek yang dipertandingkan melibatkan pelbagai entiti berprofil tinggi, termasuk tujuh perusahaan teknologi tinggi nasional, lima PKS khusus dan inovatif, sebuah syarikat unikorn, serta sebuah syarikat tersenarai (IPO).
Menurut penganjur, pertandingan tersebut bukan sahaja mempamerkan teknologi dan inovasi terkini dalam bidang digital-pintar, malah membantu memperkukuh kerjasama antara kerajaan, sektor industri, institusi pengajian tinggi, dan pusat penyelidikan.
Melalui pertandingan itu juga, satu mekanisme pembangunan menyeluruh telah diwujudkan berasaskan konsep “pertandingan + senario + pelaksanaan + ekosistem”, bagi mempercepat transformasi digital PKS di Yulin.
Inisiatif tersebut juga sejajar dengan usaha menjadikan Yulin sebagai bandar perintis nasional bagi transformasi digital PKS, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai hab inovasi teknologi di rantau Guangxi–ASEAN.
- Guangxi Perluas Senario Aplikasi “AI+”
- AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi
- Guangxi Tubuh Dana Pelaburan Industri AI
- Makanan Jalanan Warnai Daya Hidup Industri di Luosifen
- Malam Sains China-ASEAN 2025 Berlangsung di Nanning
- Guangxi Perkenal Langkah Sokong Integrasi AI dalam Sektor Pembuatan
- AI Temu Sungai Ribuan Tahun, Guilin Bawa “Landskap Digital” ke CAEXPO
- Liuzhou Gerakkan Transformasi “AI + Pembuatan” di Guangxi
- Guangxi Anjur Acara Popularisasi Sains, Galak Penglibatan Pelajar Sekolah
- Pusat Inovasi AI China-ASEAN Tandatangani 67 Projek Kerjasama
 
				 
			




