Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon

(CRI)Khamis 05 Februari 2026

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menerusi panggilan telefon pada Rabu malam.

Dalam perbualan telefon itu, Xi menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Trump untuk terus mengemudi hubungan China-AS ke arah lebih stabil serta menjayakan lebih banyak perkara yang besar dan baik.

Beliau berkata jika kedua-dua pihak bertindak sehaluan dengan menjunjung prinsip sama rata, saling hormat dan saling untung, pastinya dapat menemui pendekatan untuk menangani kebimbangan masing-masing.

Menurut Xi, China dan AS harus memperkukuh dialog dan komunikasi, mengendalikan perselisihan dengan baik dan memperluas kerjasama pragmatik berdasarkan konsensus yang telah dicapai.

Kedua-dua negara perlu memupuk rasa saling percaya secara berterusan dan menemui cara yang relevan untuk mengendalikan hubungan bilateral, katanya.

Sementara itu, Trump menyifatkan hubungan AS-China sebagai ikatan bilateral terpenting di dunia serta menghargai interaksi baik yang dilakukan dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Trump berkata beliau gembira melihat kejayaan yang dicapai China dan pihaknya ingin memperkasa kerjasama dengan China bagi menggerakkan hubungan kedua-dua negara terus melakar kemajuan baharu.

Video

Berita Berkaitan